Zagarage Motorsports mula ditubuhkan pada 15 September 2008. Bengkel yang pada awalnya beroperasi sebagai AN Motorsports selama 3 tahun di Pandan Jaya telah memulakan azam baru untuk memperluaskan lagi bidang permotoran dan Automotif ini terus mengaktifkan bengkel kenderaan ini yang kini telah mula beroperasi di A12-G-27 Jalan Mewah 4,Tmn Pandan Mewah,68000 Ampang, Sel. Zagarage Motorsports yang beroperasi dari jam 10.00pagi sehingga 8.00 malam.Perkhidmatan lain selepas waktu berkerja juga turut disediakan Melalui pengalaman telah diajar oleh Pakar-pakar Perunding Motorsports dari USA dan Australia kepada pemilik bengkel ini,beliau telah melatih dan mengajar 3 orang mekanik yg berkelulusan dalam bidang automotif ini yg juga semakin mahir dalam membaik pulih apa jua masalah yg berkaitan dgn kenderaan supaya dpt memberikan perkhidmatan yg terbaik dan memuaskan kepada semua pelanggan yg ingin mendapatkan khidmat dibengkel yg bakal melahirkan ramai lagi mekanik yg mahir dan profesional dimasa yg akan datang.Matlamat dan cita-cita bagi penubuhan bengkel baru ini bukan sahaja khususnya sebagai bengkel membaiki dan membaik pulih kenderaan malahan diciptakan idea-idea yg tersendiri untuk mempertengahkan lagi dunia permotoran dan automotif ini yg juga mempunyai masa hadapan yg cerah dan wawasannya yg tersendiri. Bengkel ini telah mendapat sambutan yg mengalakkan dari pelanggan-pelanggan yg datang untuk mendapatkan perkhidmatan disini.bengkel yg mempunyai pelanggan-pelanggan tetap ini juga telah menubuhkan sebuah Kelab Permotoran yg kini telah dianggotai oleh lebih kurang 60 org ahli dimana tujuannya adalah untuk menarik minat anak-anak muda yg berminat dalam bidang ini untuk sama-sama mempelajari dan mengenali dgn lebih dekat tentang dunia permotoran dan automotif yg semakin berkembang luas ini.Selain dari itu juga, ia bertujuan untuk membasmi gejala-gejala yg tidak berfaedah dikalangan kalangan remaja hari ini seperti kegiatan lumba haram,penagihan dadah dan sebagainya.Sebagai satu usaha yang murni ini semoga penubuhan Zagarage Motorsports Club ini dapat menyinari dunia permotoran dan automotif ini disamping dapat memaju dan memperkembangkan lagi industri perniagaan ini dikalangan anak-anak melayu hari ini bukan sahaja dalam satu negeri malahan didalam negeri-negeri lain mahupun diluar negara satu hari nanti...Insyaallah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.